Monday, January 5, 2009

Pembukaan PASTI DARUL-MUTTAQIM Kelanang





Ketua Kampung Kelanang Hj. Mustakim telah menyempurnakan pembukaan Pasti DARUL-Muttakim Kelanang yang bertempat di Sungai Rasau kampung Kelanang.
Seramai 15 orang kanak -kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun telah berdaftar pada sesi persekolahan 2009.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

Hj. Mohd Razali bin Ahmad 019-2412681




Sunday, January 4, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Tahun Baru

PAS Kelanang mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Tahun Baru kepada semua penduduk Kampung Kelanang. Pada tahun ini PAS Kelanang akan memperhebatkan lagi aktiviti yang berbentuk, Kemasyarakatan, Majlis Ilmu, Kebajikan dll. demi untuk merialisasi kan motto "PAS UNTUK SEMUA"dan "SELANGOR Negeri Kebajikan"

Saturday, August 30, 2008

CERAMAH KEMERDEKAAN 2008

" PERANAN ULAMAK DALAM MENGISI KEMERDEKAAN "
Bersama
USTAZ AZAHARUDDIN MAMAT
TARIKH : 30 OGOS 2008 ( SABTU )
MASA : 7.00 MALAM
TEMPAT : MASJID AL-AZIM, KAMPUNG KELANANG
ANJURAN : majlis perwakilan penduduk zon 14
Masjid Al-azim , Kelanang

Monday, June 2, 2008

Gambar Kem Motivasi IXC 2008



Dr. Ahmad Yunus Hairi Adun Sijangkang bergambar bersama peserta-peserta
kem motivasi IXC 2008

Friday, May 23, 2008

Kem Motivasi Islamic X-Plorer Camp 08

Islamic X-Plorer Camp'08
IXC , Amal Nisa' Kuala Langat akan menganjurkan kem motivasi sempena cuti persekolahan.Program ini akan bermula 30Mei hingga 1 Jun 2008( Jumaat, Sabtu dan Ahad ) bertempat di Pantai Kelanang Banting Selangor.

Objektif IXC
- Membena jejambat persaudaraan Islam ( Ukhuwah fillah )
- Memupuk pembinaan "Modal Insan"
- Kearah kemantapan mental, fizikal & spiritual sebagai pelapis kepimpinan negara.
- Menanam sifat "CINTA ILMU".

Program tentatif
- Bengkel sahsiah
- Kepimpinan Islam
- Best Student
- Smart Learning
- X-plore MUjahid
- Pengisian Spiritual
- Qiamullail
- Senam Xi-Gong

Keperluan Peserta
- 3 Helai T-shirt ( Lengan Panjang bagi perempuan )
- 2 helai seluar trek panjang
- 2 Pasang kasut sukan
- 1 helai seluar biasa
- 1 pasang selipar
- 1 helai pakaian solat
- keperluan khidmad diri seperti, sabun mandi, berus gigi dll

Yuran
Hanya RM50

Kepada semua Ibu- Bapa, jangan melepaskan peluang ini, untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
- Shahrin (013-3858900 )
- Saifulfauzi ( 01 - 3385482 )
- Laiyinah ( 013-2853343 )
- Nizam ( 012-3647369 )

Sunday, May 4, 2008

Aktiviti Muslimat PAS Kelanang












Kelas asas Fardhu Ain yang disertai oleh kanak-kanak perempuan Kampung kelanang. Kelas ini dijalankan pada Hari Sabtu dan Ahad pada minggu yang kedua dan keempat pada setiap bulan.Bertempat di Markas PAS Kelanang Tanjung Rasau.

Aktiviti-aktiviti Muslimat PAS Kelanang

Tajuk : Asas panduan fardhu ain
Masa : 5.00 hingga 7.00 mlm
Tarikh : sabtu dan ahad minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan
Tempat : Markas PAS Kampung Kelanang Tg. Rasau
Pengajar : Ustazah Nurul Ashikin Bte. Hj. Razali

Tajuk : Tassauf
Masa : 5.00 hingga 7.00 mlm
Tarikh : Setiap Jumaat
Tempat : Markas PAS Kampung Kelanang Tg. Rasau
Penceramah : Ustaz Abu Said Bin Baharum

Tajuk : Tafsir Al-Quran
Masa : 2.00 hingga 4.30 ptg
Tarikh : Setiap Selasa
Tempat : Rumah Ustazah Hj. Ammnah Bte. Ali Taman Muhibah Kampung Kelanang
Penceramah : Ustazah Hjh. Amnah Bte. Ali

Tajuk : Bacaan Al-Quran
Masa : 3.00 hingga 7.00
Tarikh : Setiap isnin dan rabu
Tempat : Markas PAS Kampung Kelanang Tg. Rasau
Pengajar : Ustazan Munsiah Bte. Sijas